Selasa, 28 April 2015

Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Hai. Korang mesti suka tengok youtube kan? Kadang bukan sekadar tengok mesti ada yang nak download video tu. Tapi tak tahu macam mana. Hari ini aku nak tunjukkan cara mudah download video dari youtube. Cara ini tidak perlukan sebarang tools downloader. Kacang je.


1) First sekali korang buka laman web youtube.


2) Pastu search video yang korang nak download. Contoh aku bagi kat sini video Upin Ipin:




3) Dekat address bar tu korang akan nampak address link video tersebut seperti ni:

     https://www.youtube.com/watch?v=ihYxoZKpZew





4) Apa yang korang cuma perlu buat adalah delete perkataan = https://www.


5) Pastu gantikan dengan ss di hadapan alamat video tersebut. Jadi dia akan jadi macm ini:

     ssyoutube.com/watch?v=ihYxoZKpZew





6) Pastu tekan Enter. Korang akan dibawakan kepada satu laman web iaitu = savefrom.net




7) Dari situ korang boleh pilih format dan kualiti video yang korang suka. Setiap pilihan berbeza dari segi kualiti dan saiz video tersebut. Siap!



Sekarang korang dah tahu cara mudah untuk download video dari youtube. Selamat mencuba.