Khamis, 26 September 2013

Review: CRC Mass Air Flow Sensor Cleaner

Lama dah aku pakai Proton Savvy ni.. tapi tak pernah cuci pon MAF Sensor die. Apa tu MAF Sensor? Haha..Memandangkan Savvy ni pakai enjin Renault maka terdapat la berbagai-bagai sensor yang perlu dijaga dan dicuci termasuklah MAF Sensor..

Ok lah MAF Sensor ni singkatan dari Mass Air Flow Sensor. Sensor ini membaca aliran udara dalam combustion chamber untuk dicampurkan dengan petrol. Apa jadi kalau MAF Sensor ni rosak? Maka kereta kita pon tak boleh nak start la. Sebab MAF Sensor ni tak dapat kesan aliran udara. Sebenarnya MAF Sensor ni susah nak rosak. Cuma ia perlu dibersihkan sebab ia terdedah pada kotoran minyak yang melekat dari enjin kereta. Kat bawah ni contoh kotoran minyak yang selalu ada pabila MAF Sensor ini ditanggalkan.


                                                       MAF Sensor yang kotor (Proton Savvy)

Kalau tak cuci sensor ni tak boleh ke? Jawapannya boleh je...tapi performance kereta jadi tak berada pada tahap sepatutnya la. Sebabnya apabila sensor ni kotor bacaan jadi tak tepat. Mungkin akan mengakibatkan petrol yang digunakan terlebih dari sepatutnya dan akan mengakibatkan enjin menjadi sebu dan penggunaan petrol yang tidak cekap.

Nak cuci MAF Sensor ni bukan sebarang pencuci boleh guna. Kalau korang guna WD40 ke memang akan jahanam la sensor itu. Sebab WD40 ni meninggalkan sisa lain. So aku cadangkan korang guna CRC Mass Air Flow Sensor Cleaner yang memang direka cipta hanya untuk MAF Sensor oleh syarikat yang memang terkenal dengan produk bermutu tinggi iaitu CRC.


                                                          CRC MAF SENSOR CLEANER



Susah betul nak cari benda ni. Mula-mula cari kat kilang die kt CRC Seksyen 33, Shah Alam tak ada stok. Pergi cari kat ACE Hardware pon tak ada. Cari kat kedai spare parts pon apek-apek kat kedai tu macam blur je..google punya google akhirnya jumpa la kat satu kedai ni nama Aik Heng Motor kat Seksyen 8 Petaling Jaya. Harga die RM32 setin. Kat Brothers Ampang pon ada tapi harga die RM 37. Benda ni selamat untuk MAF Sensor sebab tak meninggalkan kesan lain, selamat untuk plastik dan juga cepat kering.

Bagi aku harga die memang reasonable kalau nak dibandingkan dengan harga MAF Sensor yang kalau rosak beli baru boleh mencecah ribuan ringgit. Dan efek die selepas mencuci memang terbaik la mengikut review pengguna dari google. Yang penting enjin terasa responsive dan penggunaan petrol dapat dijimatkan.

Aku dah beli dekat seminggu tapi tak guna lagi sebab tak ada masa. Yang paling tak tahan iklan kat tin tu tulis 'proven to gain 4-10 Horsepower'..pergh tu yang buat aku cepat-cepat nak cuci aku punye sensor ni. Nantilah kalau aku dah cuci akan aku kongsikan die punya feel. Stay tuned ok.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan