Selasa, 1 Oktober 2013

Review : Abloy Padlock PL342

Hari ini aku nak kongsikan cerita berkaitan padlock...Sebab aku google susah nak jumpa post yang review tentang padlock jenama Abloy ni. Yang banyak Solex, Yale dan Abus. Macam sterotaip pulak padlock yang ada kat pasaran Malaysia ni.

Buat pembaca yang tak pernah dengar jenama Abloy ni biar aku citer skit. Abloy ni berasal dari negara Finland iaitu Assa Abloy. FYI, Yale juga adalah anak syarikat ASSA Abloy ni. Padlock Abloy ni memang dah lama terkenal kat serata dunia. Tapi kat Malaysia ni je yang susah nak jumpa. Yang pakai jenama Abloy ni yang aku nampak setakat ni TNB. Rumah-rumah pencawang TNB ni kalau korang perhatikan betul-betul memang guna padlock Abloy ni.



                                                              Abloy kat pintu TNB


Salah satu Abloy ni tak popular kat Malaysia ni adalah sebab harga nya yang mahal. Boleh dikatakan makan ratus jugak la depend pada model. Tapi bagi aku tak apelah mahal sikit yang penting kualiti tu ada. Material Abloy ni memang gune besi padu gred 4...kat shackle die plak gune material boron. korang google la sendiri boron tu ape. Berat die pula 680 gram. So memang tak pelik la harganya mahal dan sukar nak jumpa orang yang pakai.






Aku start minat dengan padlock Abloy ni sebab aku baru je beli motor Yamaha FZ150i. So pengalaman yang lepas telah mengajar aku dimana housemate aku hilang motor 125z..hilang depan rumah...bangun pagi esok tengok motor tak ade.....pastu padlock Solex pecah berderai atas lantai. (Solex ori tau 2 ketul). Bukan tak caya dengan Solex tapi pengalaman sendiri mengajar aku. So aku pon rasa trauma dengan kejadian motor hilang ni. Jadi aku perlukan satu padlock yang boleh buat aku yakin giler parking motor di mana saja. Jadi google terjumpa la padlock jenama Abloy ni dan dengan pantas aku pon beli la sebijik model PL342. Abloy ni banyak model tapi PL342 ni sesuai untuk motorsikal.



                                                                 Abloy kat motor aku

Memang berat padlock ni. Finishing die pon kemas. Yang paling best kunci die unik sangat. Tak pernah aku tengok kunci design macam ni. Korang nilai la sendiri. Pas beli model PL342 ni plak aku beli model kecik skit iaitu PL330 untuk grill rumah. Tapi model ini didatangkan dengan kunci Protec.




Yang best kunci Protec ni ialah tak boleh duplicate kat kedai locksmith biasa. Kena pegi kilang Abloy kalau nak duplicate kunci sebab setiap kunci adalah sangat unik dan mempunyai kod tersendiri. So kat kedai lain memang tak boleh buat la. So korang tak payah risau kalau member korang pinjam kunci korang sekejap. Tapi keburukannya pulak bila kunci korang hilang. Kan payah nak pergi duplicate. Tak kan nak pergi Finlad semata-semata nak duplicate. Haish...



                                                                    Kunci Protec PL330


Dan aku try google memang setakat ni tak pernah lagi orang yang berjaya lock picking padlock Abloy ni. Kalau jenama Yale ke Abus ke memang biase jumpa. Dan ini menambah keyakinan aku pada padlock ini. So far pakai nak dekat setahun lebih Alhamdulillah tak pernah lagi kejadian trauma berlaku dan tiada langsung karat-karat walaupun terdedah dengan hujan panas..Apa pun kita hanya tawakal tapi dalam masa yang sama kena tetap berusaha.

*p/s : oleh kerana abloy ni mahal so kaki-kaki pencuri motor ni tak boleh nak kuar modal eksperimen sendiri macam mana nk lock pick padlock ni. So buat rider-rider di luar sana aku cadangkan boleh la beli padlock ni untuk pelaburan jangka panjang. Tak pe mahal sikit yang penting boleh pakai berpuluh tahun dengan hati yang tenang.......




1 ulasan:

  1. Aku guna start tahun 1995 sampai sekarang.alhamdulillah..atas izin Allah swt..

    BalasPadam