Rabu, 2 Oktober 2013

Review : Philips Big display Clock Radio AJ3551

Assalamualaikum...

Sempena hari raya haji yang bakal mendatang ni, aku nak review skit kat pendengar tegar radio di Malaysia ni.....sebuah gajet yang bagi aku amatlah sesuai untuk korang yang selalu duduk opis sambil dengar radio..atau mereka yang suka pergi berkelah di tepi pantai atau sungai sambil dengar radio. Walaupun zaman sekarang banyak gajet  yang didatangkan sekali dengan radio seperti handphone...tapi tak sama dengan gajet ni. Gajet yang aku maksudkan adalah Philips Clock Radio model AJ3551.




Apa yang aku paling suka dengan radio ini adalah sebab dia digital tuning. Maksudnya die punye frekuensi radio tu kita boleh set secara auto berbanding analog tuning kena set secara manual. Selepas kita set frekuensi radio yang kita inginkan kita boleh simpan sehingga 20 stesen radio kegemaran kita. Jadi kalau korang nak bertukar dari stesen radio era ke hot fm korang tekan sahaja butang next kat preset tu. Mudah kan tak payah susah-susah nak ingat frekuensi radio banyak-banyak. Memang cepat.





Yang kedua nya adalah harganya yang murah Rm99 sahaja. Compare dengan jenama lain kalau digital tuning memang tak dapat la harga bawah seratus. Pastu rekaan dia pon kira moden kotemporari dengan display yang besar. Dari jauh kita boleh tengok paparan dia yang memaparkan waktu dan frekuensi radio yang sedang kita dengar.


Lagi satu radio ni didatangkan dengan Alarm dimana kita boleh set masa penggera pukul berapa yang kita inginkan untuk kejutkan dari lena. Sound sistem walaupon mono je tapi berupaya memberi keupayaan bunyi kepada bilik opis aku. Radio ini dikuasakan terus kepada plug Ac ataupun menggunakan 4 biji bateri saiz AAA. Warranty macam biasa lah 1 tahun.


Design die pon comel  tak de la besar dan kecik sangat. Gebu-gebu gitu. Ok lah tu je nak kongsi untuk hari ni.





1 ulasan:

  1. Harrah's casino - JTM Hub
    Harrah's 진주 출장안마 Cherokee Casino Resort and Harrah's Cherokee Casino Resort & Hotel 아산 출장안마 offers over 1600 slots and 75 table games, including 의정부 출장샵 favorites 고양 출장샵 like Blackjack, Roulette, 공주 출장샵

    BalasPadam